MESIR
MALAYSIA

MUTIARA KATA

Photobucket
Photobucket
putra_abada™

Al-Azhar Asy-Syarif

© putra_AbadA
Photobucket

real_student:

Monday 13 April 2009

22:58

Salman Al-Farisi

putra_abada 0 comments

Salman Al-Farisi (bahasa Arab: سلمان الفارسي Salman Farisi; bahasa Parsi: Salman e Farsi) adalah salah satu daripada Sahabat Nabi.

Sabda Rasulullah S.A.W

" Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

Sebagai seorang sahabat akrab, Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w disebabkan kerana keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan.



Kehidupannya

Salman Al-Farisi asalnya seorang beragama Majusi yang kemudian memeluk agama Nasrani . Beliau telah pergi ke negeri Syam dan kemudian ke Yathrib atau Madinah untuk mencari kebenaran. Ketika mula masuk Islam, Salman menjadi hamba. Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah menganjurkan sahabat agar membebaskan .

Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi.

Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.

Jasa dan Sumbangannya

Beliau telah memainkan peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandaq. Ketika itu beliau telah mencadangkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang khianat.

Atas cadangan Salman, tentera Islam berjaya bertahan dari dalam kota Madinah dan Abu Sufyan Al-Harb selaku ketua pihak Musyrikin ketika itu telah mengepung daerah pertahanan Madinah dengan anak buahnya selama sebulan terpaksa berundur setelah kehabisan bekalan selain daripada angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera Musyrikin.


Read More
22:55

Suhaib Ar-Rumi

putra_abada 0 comments

Suhaib Ar-Rumi atau nama beliau ialah Suhaib ibn Sinan. Beliau adalah anak kepada Gabenor wilayah kota Ubullah yang terletak di tebing Sungai Furat yang mana wilayah itu berada di bawah kekuasaan kerajaan Rom Byzantine. Digelar Suhaib Ar-Rumi kerana ciri-ciri fizikalnya seperti dialek pertuturannya, berkulit cerah dan berambut perang yang lebih menyerupai orang Rom.

Berpengetahuan dalam budaya dan tamadun Rom dan Greek



Kehidupannya

Sewaktu kecil, keluarganya diserang tentera Rom Byzantine yang datang merompak. Suhaib kemudiannya menjadi hamba selama dua puluh tahun.

Setelah berjaya melarikan diri daripada perhambaan golongan aristokrat Rom, beliau menyertai bangsawan Arab Makkah yang bernama Abdullah ibn Judan dan memulakan perniagaan sehingga Suhaib menjadi orang kaya.

Namun beliau ditipu dan kemudiannya disiksa teruk oleh bangsawan Makkah.

Jasa dan perjuangannya

Suhaib banyak bersedekah terutama dalam bahagian pemakanan. Cekap dan handal dalam memanah. Sewaktu Umar Al-Khattab nazak akibat ditikam Abu Lu'lu'ah, Suhaib dilantik sebagai pengganti khalifah sementara untuk mengawal keadaan rakyat yang gawat akibat peristiwa penikaman Umar.


Read More

Thursday 9 April 2009

03:26

Umair ibn Sa'ad al-Ansari

putra_abada 0 comments

Umair ibn Sa'ad merupakan seorang pemuda yang berasal dari Madinah. Bapanya Sa'ad meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Nasibnya terbela apabila ibunya berkahwin dengan seorang bangsawan kota Madinah iaitu Judas ibn Suwaid. Memeluk Islam ketika berusia sepuluh tahun.



Kehidupannya

Beliau diasuh baik oleh baginda Rasulullah S.A.W. Kekuatan imannya diuji apabila bapa tirinya, Judas enggan bersedekah ketika tentera Islam sibuk membuat persiapan untuk menentang tentera Rom Byzantine.

Jasa dan perjuangannya

Umair terlibat dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine di bawah pimpinan Abu Ubaidah Al-Jarrah. Berikutan sikapnya yang warak, zuhud dan berkarisma, Khulafa al-Rasyidin kedua iaitu Umar menggugurkan tanggungjawab Umair di medan perang dan melantik Umair sebagai gabenor di daerah Hims.

Beliau akhirnya wafat ketika zaman permerintahan Umar Al-Khattab.


Read More
03:24

Utbah ibn Ghazwan

putra_abada 0 comments

Utbah ibn Ghazwan merupakan seorang dewasa yang berasal dari Makkah. Beliau merupakan salaha seorang dari golongan orang Islam yang berhijrah ke Habsyah dan Madinah.



Kehidupannya

Beliau seorang yang menjalani hidupan yang ringkas. Berbanding kemahirannya dalam bermain pedang, Utbah terkenal di kalangan para sahabat sebagai seorang yang handal menggunakan tombak dan memanah.

Jasa dan kehidupannya

Umar Al-Khattab melantik beliau sebagai panglima pasukan Islam dalam menghantar bantuan ketenteraan ke kota Ubullah ketika umat Islam sibuk berhadapan dengan kerajaan Empayar Parsi Sassanid.

Hasil dari kemenangan beliau ketika berhadapan dengan tentera Parsi, Utbah merupakan pengasas kepada pembangunan kota-kota bekas jajahan Parsi seperti Ubullah dan Basrah. Umat Islam banyak mendapat manfaat daripada pembangunan yang dijalankan oleh Utbah.

Akibat kejujuran beliau, Umar melantik Utbah sebagai gabenor di kota Basrah. Namun beliau wafat akibat kemalangan yang disebabkan oleh jatuh daripada unta.


Read More

Thursday 2 April 2009

04:16

Zaid ibn Harithah

putra_abada 0 comments

Zaid ibn Harithah (sekitar. 588-630 M) merupakan seorang sahabat Nabi yang namanya disebut dalam al-Qur'an (Surah Al-Ahzab) . Mempunyai seorang anak yang terkenal iaitu Usamah ibn Zaid hasil perkongsian hidup beliau dengan Barakah.



Kehidupannya

Pada peringkat remajanya, Zaid merupakan hamba kepada Rasulullah S.A.W. Kemudian, baginda membebaskan beliau dan hidup sebagai orang yang merdeka.

Ketika dewasa, beliau berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Zainab binti Jahsy. Setelah hidup beberapa tahun, beliau bercerai dan kemudiannya baginda mengahwini Zainab untuk menghapuskan amalan tradisi Arab Jahiliyah.

Jasa dan perjuangannya

Beliau dilantik oleh Nabi sebagai ketua panglima perang untuk berjuang menentang tentera Rom Byzantine dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Mu'tah. Bersama-sama beliau adalah Ja'afar ibn Abi Thalib sebagai panglima perang kedua dan seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Abdullah ibn Rawahah.

Dalam peperangan tersebut, Zaid terkorban syahid bersama dua orang sahabatnya.


Read More
04:08

Zaid bin Thabit

putra_abada 0 comments

Zaid bin Thabit Adh-Dhahhak Al-Ansari An-Najjari atau lebih dikenali sebagai Zaid ibn Thabit r.a. merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w.. Beliau telah tinggal bersama Rasulullah S.A.W. ketika baginda berada di Madinah. Ketika berusia berusia 11 tahun Zaid ibn Thabit r.a. telah dapat menghafal 11 surah.



Kelebihan

Kekuatan daya ingatan Zaid ibn Thabit r.a. menjadikan Zaid ibn Thabit r.a. dilantik menjadi penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan oleh Zaid ibn Thabit r.a. bahawa 'Rasulullah S.A.W. berkata kepadanya "Aku berkirim surat kepada orang, dan aku kuatir, mereka akan menambah atau mengurangi surat-suratku itu, maka pelajarilah bahasa Suryani", kemudian aku mempelajarinya selama 17 hari, dan bahasa Ibrani selama 15 hari.'

Jasa dan Perjuangannya

Zaid ibn Thabit r.a. mengikuti Rasulullah S.A.W. dalam peperangan Khandaq dan peperangan yang berikutnya. Dalam peperangan Tabuk, Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan bendera Bani Najjar yang di bawa oleh Umaroh sebelum itu, kepada Zaid ibn Thabit r.a.. Apabila Umaroh bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W. baginda bersabda :"Al Quran harus diutamakan, sedang Zaid lebih banyak menghafal Al Quran daripada engkau."

Zaid ibn Thabit r.a. juga dilantik menjadi setiausaha pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Ketika pemerintahan Khalifah Usman r.a., Zaid ibn Thabit r.a. dilantik menguruskan Baitul Mal. Khalifah Umar r.a. dan Usman r.a. juga turut melantik Zaid ibn Thabit r.a. memegang jawatan pejabat khalifah ketika beliau menunaikan haji.

Zaid ibn Thabit r.a. juga telah diamanahkan untuk mengumpul dan menuliskan al-Quran pada zaman khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Zaid ibn Thabit r.a. meninggal pada 15H.

Zaid ibn Thabit r.a. meriwayatkan sembilan puluh dua hadith Rasulullah S.A.W. Lima daripadanya disepakati oleh Iman Bukhari dan Muslim. Iman Bukhari juga meriwayatkan empat hadis yang lain bersumberkan dari Zaid ibn Thabit r.a. , sementara Imam Muslim meriwayatkan satu hadis yang lain bersumberkan dari Zaid ibn Thabit r.a.


Read More
Photobucket